Monday 30 June 2014

Perlukah Aku Berubah?

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum pengunjung yang dikasihi oleh Allah 

Kali ini entry yang akan dikongsikan agak berlainan daripada biasa. Sekadar berkongsi pendapat dan luahan isi hati. Setiap manusia inginkan perubahan dalam hidup mereka. Hal ini kerana dalam dunia serba canggih ini mampu merubah sikap manusia. Diri ini tidak sempurna kerana saya juga seorang pendosa namun berusaha meraih cinta Ilahi. Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah yang tersembunyi. Pasti akan ada pelangi yang menyusul di kemudian hari.

Fokus utama entry kali ini ialah PERUBAHAN MA’RUF. Setiap penghijrahan itu pasti akan melalui saat getir dan pedih tetapi selagi manusia itu percaya dan yakin dengan Allah, in shaa Allah ada jalan. Detik kemanisan itu akan mereka temui. Sabar itu manis.  Perkara biasa sekiranya ada yang mengutuk dan tidak berpuas hati dengan perkara baik yang kita lakukan. Selagi kita sabar, Allah akan tolong kita. Mulut orang kita tidak boleh tutup, lama kelamaan mereka akan diam apabila penat mengata. Ucaplah Hasbunallah wani’mal wakil. In shaa Allah hati lebih tenang.

Setiap perubahan yang ikhlas kerana Allah, mereka tidak akan melakukan perubahan itu sekerat jalan. Sebagai contoh, seorang lelaki yang cetek ilmu agamanya ingin mengahwini seorang perempuan yang tinggi ilmu agamanya. Lelaki itu berhasrat mempelajari ilmu agama itu kerana perempuan yang dicintainya dan bukan kerana Allah. Adakah perubahan lelaki tadi akan berterusan setelah memiliki perempuan tersebut? Adakah dia akan istiqamah dalam kebaikan yang dia lakukan sekiranya suatu saat perempuan tersebut tidak lagi mengasihinya? Namun, perubahan yang benar2 ikhlas kerana Allah, in shaa Allah bahagia di dunia dan akhirat.

Perubahan itu harus dilakukan secara beransur-ansur dan istiqamah. Pernah suatu ketika seorang pelajar perempuan ini berubah secara drastik untuk memakai tudung labuh kerana dia melihat seorang perempuan yang memakai tudung labuh itu cantik. Namun semua itu tidak kekal lama kerana dia tidak ikhlas kerana Allah. Selepas setahun, dia berasa rimas dan mula memotong tudungnya menjadi singkat. Alhamdulillah beberapa tahun kemudian, dia sedar akan kesilpaan dia dan dia mula berubah secara perlahan-lahan dan berusaha menutup auratnya sepenuhnya.
Di sini saya kongsikan sedikit ilmu yang dapat saya pelajari daripada drama Cinta dan Wahyu yang pernah ditayangkan di TV Alhijrah:

Episode 7

Khalifah Umar Abd Aziz pernah menegur anaknya apabila anaknya mendesak melakukan perubahan yang drastik dalam pemerintahan. Beliau berkata “Jangan terburu-buru ya anakku, sesungguhnya Allah S.W.T  mencela arak dalam Al-Quran sebanyak dua kali dan mengharamkannya buat kali ketiga, maka aku bimbang sekiranya aku melaksanakan kebenaran ini kepada manusia sekaligus maka mereka meninggalkannya sekaligus, maka berlakulah fitnah”.

Istiqamah melakukan akhlak yang baik adalah lebih berkesan daripada khutbah yang berulang-ulang kali.

Segala yang baik itu datang daripada Allah dan segala kekurangan itu daripada diri saya sendiri.

Salam Ramadhan.



No comments:

Post a Comment