Friday 11 July 2014

RESDUNG DAN SHAKLEE

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA

Hari ni saya akan kongsikan info mengenai set resdung Shaklee.

SET RESDUNG SHAKLEE TERDIRI DARIPADA :
-ALFALFA COMPLEX
-VITA C
-B COMPLEX

Setiap satu mempunyai fungsi yang berbeza.

1)  ALFALFA COMPLEX
-Bertindak  melawan alahan dengan memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air.
-mencuci darah, hati dan usus.
-makanan beralkali yang boleh  menghilangkan toksin daripada badan,membersihkan kolon dan mencatikan kulit serta otot.

2)  B COMPLEX
-memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan,kemurungan dan insomnia.
-membaiki masalah kulit kepala,kelemumur,rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.
-mengurangkan masalah kelihatan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, dan menguatkan daya ingatan.

3 ) VITA C
-antioksidan yang berkuasa meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser.
-membantu mencantikan kulit, mencerahkan kulit, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen.
-mengurangkan simptom selesema.




PENGEDAR SHAKLEE ANDA
SID: 1129875




Monday 30 June 2014

Perlukah Aku Berubah?

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum pengunjung yang dikasihi oleh Allah 

Kali ini entry yang akan dikongsikan agak berlainan daripada biasa. Sekadar berkongsi pendapat dan luahan isi hati. Setiap manusia inginkan perubahan dalam hidup mereka. Hal ini kerana dalam dunia serba canggih ini mampu merubah sikap manusia. Diri ini tidak sempurna kerana saya juga seorang pendosa namun berusaha meraih cinta Ilahi. Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah yang tersembunyi. Pasti akan ada pelangi yang menyusul di kemudian hari.

Fokus utama entry kali ini ialah PERUBAHAN MA’RUF. Setiap penghijrahan itu pasti akan melalui saat getir dan pedih tetapi selagi manusia itu percaya dan yakin dengan Allah, in shaa Allah ada jalan. Detik kemanisan itu akan mereka temui. Sabar itu manis.  Perkara biasa sekiranya ada yang mengutuk dan tidak berpuas hati dengan perkara baik yang kita lakukan. Selagi kita sabar, Allah akan tolong kita. Mulut orang kita tidak boleh tutup, lama kelamaan mereka akan diam apabila penat mengata. Ucaplah Hasbunallah wani’mal wakil. In shaa Allah hati lebih tenang.

Setiap perubahan yang ikhlas kerana Allah, mereka tidak akan melakukan perubahan itu sekerat jalan. Sebagai contoh, seorang lelaki yang cetek ilmu agamanya ingin mengahwini seorang perempuan yang tinggi ilmu agamanya. Lelaki itu berhasrat mempelajari ilmu agama itu kerana perempuan yang dicintainya dan bukan kerana Allah. Adakah perubahan lelaki tadi akan berterusan setelah memiliki perempuan tersebut? Adakah dia akan istiqamah dalam kebaikan yang dia lakukan sekiranya suatu saat perempuan tersebut tidak lagi mengasihinya? Namun, perubahan yang benar2 ikhlas kerana Allah, in shaa Allah bahagia di dunia dan akhirat.

Perubahan itu harus dilakukan secara beransur-ansur dan istiqamah. Pernah suatu ketika seorang pelajar perempuan ini berubah secara drastik untuk memakai tudung labuh kerana dia melihat seorang perempuan yang memakai tudung labuh itu cantik. Namun semua itu tidak kekal lama kerana dia tidak ikhlas kerana Allah. Selepas setahun, dia berasa rimas dan mula memotong tudungnya menjadi singkat. Alhamdulillah beberapa tahun kemudian, dia sedar akan kesilpaan dia dan dia mula berubah secara perlahan-lahan dan berusaha menutup auratnya sepenuhnya.
Di sini saya kongsikan sedikit ilmu yang dapat saya pelajari daripada drama Cinta dan Wahyu yang pernah ditayangkan di TV Alhijrah:

Episode 7

Khalifah Umar Abd Aziz pernah menegur anaknya apabila anaknya mendesak melakukan perubahan yang drastik dalam pemerintahan. Beliau berkata “Jangan terburu-buru ya anakku, sesungguhnya Allah S.W.T  mencela arak dalam Al-Quran sebanyak dua kali dan mengharamkannya buat kali ketiga, maka aku bimbang sekiranya aku melaksanakan kebenaran ini kepada manusia sekaligus maka mereka meninggalkannya sekaligus, maka berlakulah fitnah”.

Istiqamah melakukan akhlak yang baik adalah lebih berkesan daripada khutbah yang berulang-ulang kali.

Segala yang baik itu datang daripada Allah dan segala kekurangan itu daripada diri saya sendiri.

Salam Ramadhan.



Friday 30 May 2014

RESEPI MEALSHAKES

Assalamualaikum

Ramai kanak-kanak yang menggemari Mealshakes Shaklee. Mealshakes merupakan makanan tambahan yang lengkap dengan vitamin dan mineral. Mealshake Shaklee berperisa vanilla membuka selera kanak-kanak mahupun orang dewasa dan tua. Mealshakes amat sesuai bagi seisi keluarga. mealshakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak serta memberikan kecergasan.

Hari ni nak share resepi MEALSHAKE SHAKLEE:

ü  Mealshakes + Air suam
ü  Mealshakes + ESP
ü  Mealshakes +Performance Drink
ü  Mealshakes + ESP + PD
ü  Mealshakes + Jus Oren
ü  Mealshakes + Milo
ü  Mealshakes + Fresh Milk
ü  Mealshakes + Horlicks
ü  Ais krim Mealshakes
ü  Agar-agar Mealshakes

BACA DOA YE SEBELUM MINUM J

"Ya Allah berkatilah kami pada apa yang telah Engkau rezekikan kepada kami dan jauhkanlah kami dari azab neraka."

SELAMAT MENCUBA !






PENGEDAR SHAKLEE ANDA

ZURA 
ID: 1129875

Thursday 29 May 2014

MASKER ALFALFA IN THE HOUSE !

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

FEELING IN LOVE WITH MASKER ALFALFA….

Tak sangka Alfalfa Shaklee pun boleh buat masker, bukan sahaja masker malah scrub. Boleh hilangkan segala whitehead yang ada. Hari pertama cuba dah nampak kesannya. Segala whitehead yang degil pun tanggal. Enjoy dengan ALFALFA ni sebab harga sangat berpatutan. 2 dalam 1 penggunaannya.

Cara-cara membuat masker/scrub ALFALFA:
1.Ambil 3 biji ALFALFA dan bancuh dengan air. Tidak terlalu cair   dan tidak terlalu pekat.
2.Kemudian, sapukan masker pada wajah yang telah dicuci bersih.
3.Biarkan kering selama 30 minit.
4.Akhir sekali, bilas wajah dengan air suam sehingga bersih.

SAMBIL2 TU BOLEH LA SELAWAT DAN ZIKIR. IN SHAA ALLAH HASILNYA AMAT MEMUASKAN.
AMALKAN 2 KALI SEMINGGU BAGI MENDAPATKAN HASIL YANG TERBAIK.

SELAMAT MENCUBA!

PENGEDAR SHAKLEE ANDA
1129875
ZURA 


Friday 11 April 2014

It's Beautiful

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah Allah masih memberi kita nafas untuk meneruskan kehidupan kita seharian .
Kali ini, entry ini agak berlainan kerana saya akan menceritakan pengalaman saya bersama Shaklee.
Sebelum ini, saya tidak pernah mengambil apa-apa supplement untuk tubuh saya. Suatu hari, seorang sahabat bercerita mengenai Shaklee. Sebelum ini, kakak saya pernah mengambil ESP Shaklee dan hasilnya..wooowww!!! Alhamdulillah berkesan. Tapi masa tu saya takdelah berminat. Once kawan saya cerita yang dia nak cuba Shaklee, saya rasa “why not if I try it?” ..
Malam tu juga saya setuju nak beli (since nak try je kan..so I beli trial pack jela) hehe. Kesan Shaklee pada tubuh saya dapat dikesan setelah dua minggu.
Alhamdulillah saya tidak bersa sakit kaki seperti biasa setelah melakukan aktiviti yang lasak. Hari tu saya ada join satu aktiviti ni. Masuk hutan simpan. Masa nak keluar tu kena lalu trek lain. Unexpexcted ! berliku dan ranjau berduri pulak trek tu. Memang memerlukan semangat juang yang tinggi untuk ke garisan penamat. Serious talk, sesiapa yang join aktiviti tu akan rasa sakit kaki (mostly). Hari isnin, jumpa kawan2. Then, kawan tanya:
- “kaki kau sakit?”
-  “taklah. Ok je ni.”
Sebelum ni, kalau join any aktiviti yang lasak memang rasa kaki sakit dan segala urat rasa tegang. Tapi lepas ambil sustained release vit-C Shaklee, memang rasa segar dan sihat J


ID Shaklee: 1129875