Friday 7 June 2013

Bestfriend:::...

Minggu ulangkaji telah bermula. Final exam around the corner. Sedar tak sedar hampir setahun aku di bumi UPM. Pejam celik pejam celik Alhamdulillah masih berada di dunia ini menambah ilmu Allah. Dalam kekusutan menghadapi ujian, hati terdetik untuk menulis sebuah entry,,,, J dalam menghadapi kehidupan pasti akan ada ujian yang mendatang. Sesungghnya Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan hambaNya [surah al-Baqarah; 286]. Dalam ketika menenangkan fikiran daripada kekusutan exam, maka mendengarkan nasyid. Bait-bait lirik yang menyentuh perasaan dalam mencari cinta Yang Esa. Pada ketika itu ,terdetik untuk berkongsi bersama rakan-rakan seperjuangan. Ingatlah kehidupan di dunia ini hanya sementara. Dalam mencari ilmu dunia di UPM, tidak lupa untuk aku mencari ilmu Allah untuk menjadi bekalan di akhirat sana. Pernah ketika aku menyertai usrah, seorang ukhti mengatakan: “ sekiranya kita sayangkan sahabat kita, seharusnya kita mengajak mereka bersama-sama ke syurga” . hati aku terdetik selama ini aku mencari redha Allah, adakah sekadar untuk diri sendiri. Ya! Ketika itu aku sedar, sahabat selamanya bukan hanya di dunia tetapi juga di syurga. Ungakapan sahabat selamanya itu seharusnya hingga ke syurga. Namun, jangan la drastik untuk memaksa sahabat kita untuk berubah kea rah kebaikan. Kita perlu menggunakan cara yang berhikmah seperti nabi yang berdakwah dengan cara yang berhikmah. Sesungguhnya aku menyayangi sahabatku kerana Allah S.W.T J




-Zuraini Azam-

No comments:

Post a Comment