Tuesday 22 January 2013

Belailah kalbu::::::...




Setiap orang pasti pernah melalui saat-saat sukar dan membenbankan hati serta perasaan. Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Setiap kali hati aku di landa gusar pasti aku akan kembali kepadaNya. Hanya DIA yang MAHA MENGETAHUI. Suatu hari, hati aku terdetik untuk membaca buku yang aku hadiahkan untuk ibu tercinta. Buku yang bertajuk BELAILAH KALBU oleh Dr.HM Tuah Iskandar. Sejujurnya, buku ini amat membantu aku. Selain dapat membelai kalbu dapat melapangkan fikiran aku yang kusut. Salah satu bab yang aku tertarik untuk membaca ialah CINTA. Topik ni amat menarik bagi remaja seperti aku kan.huhu. Rasulullah S.A.W bersabda:  “ Tiga perkara yang sesiapa melakukannya akan mendapat kemanisan iman iaitu, menjadikan ALLAH dan RASUL-NYA s.a.w sebagai cinta yang paling utama, mencintai seseorang semata-mata kerana ALLAH dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti dia benci dicampakkan ke dalam neraka” – Bukhari.

No comments:

Post a Comment